Potongan Gaji (Tindakan Majikan):
Kegagalan majikan melaksanakan arahan potongan gaji adalah merupakan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 (Akta 566).
Melalui program Sahabat PTPTN, majikan yang membuat potongan gaji akan menikmati komisen sebanyak RM10.00 (one-off) bagi potongan kali pertama yang berjaya.
Tidak boleh. Berkuat kuasa mulai 1 November 2015, LHDNM tidak lagi menjadi ejen kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Sehubungan itu, majikan perlu berhubung terus dengan PTPTN.
Langkah-langkah yang terlibat bagi memastikan potongan gaji berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut:
-
Majikan menyerahkan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran.
-
PTPTN mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem.
-
PTPTN akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap bulan (sekiranya ada)
-
Majikan melaksanakan potongan gaji bulanan. Majikan mengemukakan data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
-
PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata peminjam.
Maklumat data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) yang perlu dikemukakan oleh majikan kepada PTPTN mengandungi:
- Maklumat majikan;
- Maklumat pembayaran; dan
- Maklumat pekerja (no kp, nama, jumlah potongan dan no. gaji/ pekerja).
Data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalam bentuk softcopy (Ms Excel).
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji kepada PTPTN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas potongan gaji diproses atau sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.
Pihak majikan boleh memilih untuk menerima dan menghantar data potongan gaji sama ada melalui File Transfer Protocol (FTP) atau e-mel. Bagi majikan yang memilih kaedah FTP, PTPTN akan mengemukakan host name, user name dan password server FTP PTPTN kepada majikan untuk akses ke server tersebut.
PTPTN akan menghantar data potongan gaji melalui e-mel. Majikan perlu mengemukakan semula data potongan gaji yang telah diproses ke alamat e-mel PTPTN iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Data potongan gaji pekerja yang diperlukan oleh PTPTN hanya terdiri daripada empat (4) maklumat iaitu :
- Nombor Kad Pengenalan;
- Nama Pekerja;
- Jumlah Potongan (RM); dan
- No. Gaji/ Pekerja
Data tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN secara softcopy (Ms Excel).
Sekiranya data yang dikeluarkan melalui sistem payroll mempunyai empat (4) maklumat yang dinyatakan tersebut, PTPTN akan menerima dan memproses potongan gaji daripada majikan. PTPTN akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada majikan sekiranya memerlukan sebarang maklumat tambahan.
PTPTN akan membuat penghantaran data pada setiap akhir bulan kepada majikan sekiranya terdapat sebarang potongan baharu, perubahan amaun dan tamat potongan. Majikan perlu melakukan proses potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya.
Pekerja baharu tersebut perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN dan menyerahkan kepada PTPTN. PTPTN akan mengemukakan data potongan gaji kepada majikan pada setiap akhir bulan untuk diproses oleh pihak majikan.
Majikan perlu memaklumkan secara bertulis kepada PTPTN.
Ya. PTPTN akan mengemukakan maklumat pekerja yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pada setiap akhir bulan bersama-sama data potongan baharu dan perubahan amaun (sekiranya ada). Bagi pekerja yang telah selesai membayar balik, data yang dikemukakan mempunyai jumlah potongan (RM) sebanyak sembilan (9) sifar seperti contoh berikut.
NO. KP | NAMA | JUMLAH POTONGAN (RM) | NO. GAJI/ PEKERJA |
---|---|---|---|
821011045131 | SHAH JEHAN BIN SHAHRUDIN | 000000000 | 34254 |
Majikan tidak perlu membuat potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya memandangkan pekerja telah menyelesaikan kesemua bayaran balik pinjaman.
Tidak boleh. Pembatalan atau penamatan potongan gaji hanya boleh dibuat sekiranya peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang atau telah berhenti kerja atau disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja.
Pihak majikan boleh memilih untuk membuat bayaran bagi potongan gaji pekerja sama ada melalui Electronic Fund Transfer (EFT) atau cek.
Pembayaran hendaklah dibuat kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi (Bank Islam). Majikan juga perlu mengemukakan maklumat berikut melalui e-mel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dalam tempoh sehari selepas pindahan bayaran potongan gaji dilakukan:
- Tarikh pindahan;
- Jumlah pindahan;
- No. rujukan pindahan; dan
- Keterangan pindahan (contoh: Oktober UKM)
Cek dibuat atas nama ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional' atau ‘PTPTN'. Cek tersebut perlu dihantar kepada PTPTN melalui serahan tangan, secara pos atau didepositkan di kaunter bank atau cheque deposit machine (Bank Islam sahaja).Maklumat nombor Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi hendaklah dicatatkan di belakang cek tersebut.
Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji pekerja dalam bentuk softcopy (Ms Excel) melalui e-mel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sebaik sahaja cek dihantar kepada PTPTN.
Ya. Resit akan dikeluarkan setelah bayaran diterima dan data dikemaskini ke dalam penyata pinjaman.