Penyenaraian Peminjam PTPTN Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS):
Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.
Tidak boleh. Semakan hendaklah dibuat terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.
Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 12 bulan yang lepas.
Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Peminjam tidak boleh berunding dengan BNM atau institusi kewangan lain mengenai rekod pinjaman PTPTN di CCRIS. Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penjadualan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN. Peminjam boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara.
Peminjam hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman dan rekod di dalam CCRIS akan dikemaskini kepada ‘SELESAI' dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.
Peminjam hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan dan membuat bayaran balik bulanan secara teratur (konsisten) mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan. Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dinasihatkan berunding dengan PTPTN untuk penjadualan semula hutang dan seterusnya membuat bayaran bulanan secara teratur.
Rekod kredit peminjam akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila membuat bayaran secara teratur selama 6 bulan berturut-turut tanpa tunggakan.
Rekod pada bulan semasa akan menjadi baik. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas masih dipaparkan dalam laporan kredit CCRIS. Kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat pada bulan berkenaan. Bagi memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen/pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya.
Rekod CCRIS masih buruk kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:
-
Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 1 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 6 bulan tamat pinjaman.
-
Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).