Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Syarat-syarat dan garis panduan bagi permohonan penjadualan/ penstrukturan semula pinjaman seperti jadual di bawah:

Bil. Perkara Penjadualan Penstrukturan
1. Kategori Pinjaman Terbuka kepada semua peminjam pinjaman Ujrah sahaja 
2. Yuran Pemprosesan
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200

Tambahan

  • Upah bagi tambahan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan

  • Perlindungan Takaful baru; dan

  • Duti Setem

  • Berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.

3. Tempoh Permohonan Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. 
4. Tunggakan Bayaran Balik Ya Ya dan/atau tidak mampu bayar mengikut JBB yang ditetapkan.
5. Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Berdasarkan baki tempoh pinjaman asal. Tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga had umur peminjam mencapai 60 tahun.
6. Ansuran Bulanan Berdasarkan baki tempoh jadual bayaran balik sedia ada.

Ansuran bulanan minimum berdasarkan anggaran penentuan 5% sehingga 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik (sehingga umur 60 tahun).

Walau bagaimanapun, jumlah minimum ansuran bulanan tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan PTPTN.

7. Formula Pengiraan Ansuran Bulanan Baharu = Hutang Pinjaman - Bayaran Balik Yang Telah Diterima Baki Tempoh Bayaran Balik

Penentuan Prinsipal Baharu

  • Prinsipal Baharu = Baki Pinjaman Semasa + WPP (jika ada) + Takaful Baharu

  • Upah Baharu = Prinsipal Baharu *1%*Tempoh Bayaran Balik Baharu (Tahun)

Penentuan Ansuran Bulanan

Ansuran Prinsipal Baharu + Upah Baharu Bulanan = Tempoh Bayaran Balik Baharu

Nota:
Baki Pinjaman Semasa = Prinsipal Yang Patut Bayar Balik + Upah Yang Telah Dikenakan-Bayaran Balik Yang Telah Diterima

8. Dokumen Penawaran Surat Makluman Kelulusan akan dikeluarkan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Penstrukturan Semula akan dikeluarkan.

Kos Pelbagai ialah kos tindakan penguatkuasaan yang dikenakan ke atas peminjam seperti kos pengeluaran Notis Peringatan Terakhir, Notis Tuntutan (NOD) dan kos saman yang dibayar kepada panel peguam.

Selain yuran pemprosesan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem, berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam juga perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum Surat Tawaran Penstrukturan Semula dikeluarkan. Dengan kata lain, Surat Tawaran Penstrukturan Semula hanya akan dikeluarkan setelah peminjam bersetuju dengan syarat-syarat penstrukturan semula dan membayar yuran pemprosesan, sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem (jika ada).

Tidak boleh. Peminjam yang ingin memohon penjadualan/ penstrukturan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Ia bagi memudahkan rundingan, penjelasan dan urusan penerimaan dokumen tawaran.

Tiada had tempoh. Peminjam boleh memohon semula pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.

Peminjam tidak layak untuk membuat penjadualan semula. Bagaimanapun, peminjam tersebut boleh dipertimbangkan bagi penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.

Tempoh sahlaku dokumen tawaran penstrukturan/ penjadualan semula adalah dalam 14 hari atau bulan yang sama dengan tarikh kelulusan; mana-mana yang terdahulu.

Tidak boleh. Dokumen tawaran hendaklah dikembalikan kepada PTPTN dalam bulan yang sama dengan bulan kelulusan.

Ya. Pinjaman tersebut akan dibatalkan. Peminjam dikehendaki memohon semula sekiranya masih berminat untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

Boleh. Walau bagaimanapun, syarat pengeluaran Akaun II KWSP merujuk kepada tarikh perjanjian asal.

Syarat – syarat pengeluaran Akaun II KWSP adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran daripada Akaun II peminjam (peminjam adalah ahli):
    - Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 2 Januari 2001 (bagi kursus di peringkat Diploma dan ke atas)

  2. Pengeluaran daripada Akaun II ibu/bapa peminjam (ibu/ bapa peminjam adalah ahli):
    - Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 1 April 2000 (bagi kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda).
    - Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 17 Januari 2006 (bagi kursus di peringkat Diploma).