FAQ Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kepada Peminjam Yang Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Syarat-syarat pengecualian bayaran balik adalah seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
- Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).
Dalam konteks PTPTN, pendapatan isi rumah merujuk kepada pendapatan kasar ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori di bawah:-
- Sekiranya masih bujang: Pendapatan isi rumah peminjam, ibu dan bapa (atau penjaga);
- Sekiranya telah berkahwin: Pendapatan isi rumah peminjam dan pasangan.
Maklumat julat pendapatan B40 dan M40 adalah berdasarkan House Income and Expenditure Survey (HIES) yang terkini yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan. Mulai 10 Julai 2020, maklumat julat pendapatan B40 dan M40 adalah seperti jadual di bawah:-
Kategori
|
Julat Pendapatan
|
---|---|
B40 |
Kurang daripada RM4,850 |
M40 |
M40 RM4,850 – RM10,959 |
Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.
Peminjam dikehendaki memuat naik salinan dokumen sokongan masing-masing yang telah disahkan seperti:
Bil | Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019 | Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019 |
---|---|---|
1 |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol). |
2 |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan. |
3 |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS). |
4 |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah). |
5 |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip). |
6 |
- |
Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.
*(mana-mana yang berkaitan) |
*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma.
Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.
Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Penjadualan semula akan dilakukan dan peminjam boleh membuat bayaran ansuran mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).
Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.
Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:
- Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
- Bertindih tajaan; dan
- Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang masih belum diselesaikan.
Penjadualan semula pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan akan diberikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu.
Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan diberikan.
Peminjam dikehendaki membuat penyelesaian penuh sekiranya tidak mahu membuat bayaran balik secara ansuran bulanan.
Status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah dibawah:
- Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) *Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman.
- Surat akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.