Penangguhan Bayaran Balik (PKP 3.0):

Inisiatif yang disediakan oleh PTPTN kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh (PKP 3.0) adalah menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak.

Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0).

Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:

  1. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
  2. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.

Permohonan penangguhan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan permohonan dibuat kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji. Ringkasan seperti jadual di bawah:

Bulan Memohon Bulan Diluluskan Tempoh Penangguhan
Jun Jun Jun hingga Ogos
Julai Julai Julai hingga September
Ogos Ogos Ogos hingga Oktober

Tempoh penangguhan bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji adalah selama 3 bulan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan memandangkan data potongan gaji untuk bulan semasa telah dihantar kepada majikan lebih awal sebelum permohonan penangguhan dibuat oleh peminjam. Ringkasan seperti jadual di bawah:

Bulan Memohon Bulan Diluluskan Tempoh Penangguhan
Jun Jun Julai hingga September
Julai Julai Ogos hingga Oktober
Ogos Ogos September hingga November

Arahan pembatalan potongan gaji bagi bulan yang diluluskan penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).

Potongan gaji tidak akan berlaku dalam tempoh penangguhan jika permohonan dibuat sebelum penghantaran data potongan gaji. Namun, potongan gaji akan berlaku dalam tempoh penangguhan jika permohonan dibuat selepas penghantaran data potongan gaji.

Peminjam hendaklah membuat semakan jadual tarikh penghantaran data potongan gaji sebelum memohon penangguhan. Jadual adalah seperti berikut:

BIL  AGENSI  TARIKH PENGHANTARAN DATA POTONGAN GAJI MENGIKUT BULAN
JUN JULAI OGOS
1. JABATAN AKAUNTAN NEGARA (JANM) 20 MEI 2021 17 JUN 2021 22 JULAI 2021
2. KERAJAAN NEGERI (SUK) / NEGERI 25 MEI 2021 29 JUN 2021 2 OGOS 2021
3. BADAN BERKANUN / SWASTA 1 JUN 2021 2 JULAI 2021 3 OGOS 2021

Penjelasan :
Data potongan gaji bagi peminjam yang diuruskan oleh JANM dihantar pada 20 Mei 2021 untuk potongan bulan Jun, 17 Jun untuk potongan Julai dan 22 Julai untuk potongan Ogos.

Peminjam hendaklah membuat permohonan sebelum 17 Jun untuk mengelakkan potongan gaji berlaku pada bulan Julai atau sebelum 22 Julai untuk mengelakkan potongan gaji berlaku pada bulan Ogos.

Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan

PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Tidak. Pertukaran ujrah tidak akan diluluskan kepada peminjam yang telah diberikan penangguhan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah selepas tempoh penangguhan peminjam tamat.

Contoh. Peminjam diluluskan penangguhan mulai Jun hingga Ogos 2021. Peminjam ingin membuat pertukaran ujrah dalam tempoh penangguhan. Peminjam boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah mulai bulan September 2021 iaitu selepas tempoh penangguhan peminjam tamat pada bulan Ogos 2021.

Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik ini sepertimana penangguhan sedia ada.

Boleh tetapi peminjam tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Direct Debit. Penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.

Contoh. Peminjam diluluskan penangguhan mulai Jun hingga Ogos 2021. Sekiranya diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan pada Julai 2021, kelulusan penangguhan Jun hingga Ogos 2021 dibatalkan.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

Tempoh penangguhan akan diluluskan selama 3 bulan mulai Jun hingga Ogos 2021. Bayaran balik yang diterima pada 1 Jun 2021 tidak akan dipulangkan (refund).

Peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak bank. Bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).

Tidak layak. Penangguhan hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
  2. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
  3. Mengemukakan pertanyaan di pautan eAduanPTPTN. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.