Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Bencana Banjir):

Inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) adalah penangguhan bayaran balik pinjaman yang diberikan kepada peminjam yang terjejas akibat bencana banjir untuk tempoh maksimum tiga (3) bulan di antara Januari hingga Mei 2021.

Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik).

Peminjam yang layak memohon adalah peminjam yang terjejas akibat bencana banjir dan mereka adalah peminjam yang bermastautin dalam negara sahaja.

Permohonan penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir boleh dilakukan mulai 20 Januari hingga 31 Mac 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan penangguhan diberikan seperti jadual di bawah.

Bulan Kelulusan (Bulan) Tempoh Penangguhan (Bulan)
Januari Januari hingga Mac
Februari Februari hingga April
Mac Mac hingga Mei

Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.

PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam yang diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan di dalam tempoh penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir adalah tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Direct Debit. Penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.

Contoh. Peminjam diluluskan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021. Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh penangguhan (Mac - Mei 2021), kelulusan penangguhan akan dibatalkan.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan penangguhan.

Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

Tempoh penangguhan bayaran balik akan diluluskan mulai Januari hingga Mac 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan Januari 2021 tidak akan dipulangkan.

Tidak layak. Penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Tidak boleh. Peminjam hanya boleh memohon satu sebab sahaja sama ada akibat pandemik COVID-19 atau bencana banjir.

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
  2. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
  3. Mengemukakan pertanyaan di pautan eAduanPTPTN. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.