Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir
PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman kerana terkesan bencana banjir.
Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.
Peminjam yang layak memohon adalah peminjam yang terjejas akibat bencana banjir dan mereka adalah peminjam yang bermastautin dalam negara sahaja.
Permohonan penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir boleh dilakukan mulai 28 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 . Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan penangguhan kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji (sila rujuk soalan nombor 6 bagi pelaksanaan penangguhan kepada peminjam yang membayar balik melalui potongan gaji).
Ringkasan seperti jadual di bawah:
Bulan Kelulusan | Tempoh Penangguhan |
---|---|
Disember 2021 | Disember 2021 hingga Februari 2022 |
Januari 2022 | Januari hingga Mac 2022 |
Februari 2022 | Februari hingga April 2022 |
Mac 2022 | Mac hingga Mei 2022 |
Tempoh penangguhan bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji adalah selama 3 bulan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan kelulusan penangguhan memandangkan data potongan gaji untuk bulan semasa telah diuruskan lebih awal sebelum permohonan penangguhan dibuat oleh peminjam. Ringkasan seperti jadual di bawah:
Tarikh Memohon | Bulan Kelulusan | Tempoh Penangguhan |
---|---|---|
28 hingga 31 Disember 2021 | Januari 2022 | Januari hingga Mac 2022 |
1 hingga 31 Januari 2022 | Januari 2022 | Februari hingga April 2022 |
1 hingga 28 Februari 2022 | Februari 2022 | Mac hingga Mei 2022 |
1 hingga 31 Mac 2022 | Mac 2022 | April hingga Jun 2022 |
Arahan pembatalan potongan gaji bagi bulan yang diluluskan penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Dengan pelaksanaan tempoh penangguhan dianjakkan satu bulan ke hadapan, potongan gaji sepatutnya tidak akan berlaku kerana data potongan gaji masih belum dihantar kepada majikan. Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada tindakan lanjut di pihak majikan. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).
Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
Tiada sebarang dokumen diperlukan.
PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.
Rekod CCRIS adalah kekal seperti sebelum penangguhan diluluskan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.
Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik ini sepertimana penangguhan sedia ada.
Tidak. Pertukaran ujrah tidak akan diluluskan kepada peminjam yang telah diberikan penangguhan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah selepas tempoh penangguhan peminjam tamat.
Contoh :Peminjam diluluskan penangguhan mulai Januari hingga Mac 2022. Peminjam tidak dibenarkan membuat pertukaran ujrah dalam tempoh penangguhan (Januari hingga Mac 2022) dan hanya boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah mulai bulan April 2022 iaitu selepas tempoh penangguhan peminjam tamat pada bulan Mac 2022.
Boleh tetapi penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan. Peminjam tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Debit Terus (Direct Debit).
Contoh :Peminjam diluluskan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2022. Sekiranya diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan pada April 2022, kelulusan penangguhan Mac hingga Mei 2022 dibatalkan.
Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan.
Tempoh penangguhan akan diluluskan selama 3 bulan mulai Mac hingga Mei 2022. Bayaran balik yang diterima pada 1 Mac 2022 tidak akan dipulangkan (refund).
Peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak bank. Bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).
Tidak layak. Penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.
- Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000;
- Live chat di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my);
- Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn);
- e-AduanPTPTN (https://eaduan.ptptn.gov.my);
- Media Sosial (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)