Pelanjutan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (COVID-19):

Bagi membantu peminjam PTPTN yang masih menghadapi kesukaran meneruskan bayaran balik pinjaman berikutan penularan wabak COVID-19, PTPTN memberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang layak.

Inisiatif yang sama akan dilaksanakan dalam penangguhan bayaran balik pinjaman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan oleh YAB PM pada 18 Januari 2021 yang lalu.

Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/PenangguhanKhasBayaranBalik).

Peminjam yang layak memohon adalah seperti berikut:-

  1. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
  2. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.

Permohonan pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 boleh dilakukan mulai 5 Januari hingga 31 Mac 2021. Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan pelanjutan diberikan seperti jadual di bawah.

Bulan Kelulusan (Bulan) Tempoh Penangguhan (Bulan)
Januari Januari hingga Mac
Februari Februari hingga April
Mac Mac hingga Mei

Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat akuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.

PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Boleh. Walau bagaimanapun, peminjam yang diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula/ penggabungan di dalam tempoh pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Direct Debit. Pelanjutan penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan.

Contoh. Peminjam diluluskan pelanjutan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2021. Sekiranya peminjam membuat rundingan bayaran balik seperti penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan dalam tempoh pelanjutan penangguhan (Mac - Mei 2021), kelulusan pelanjutan penangguhan akan dibatalkan.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

Tiada pemulangan (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima sebelum kelulusan pelanjutan penangguhan.

Contoh: Peminjam telah membuat bayaran balik pada bulan 15 Februari 2021 dan memohon pelanjutan penangguhan bayaran balik pada 20 Februari 2021. Bayaran balik yang diterima pada bulan 15 Februari 2021 tidak akan dipulangkan.

Tidak layak. Pelanjutan penangguhan bayaran balik COVID-19 hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Tidak boleh. Peminjam hanya boleh memohon satu sebab sahaja sama ada akibat pandemik COVID-19 atau bencana banjir.

  1. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
  2. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
  3. Mengemukakan pertanyaan di pautan eAduanPTPTN. Pegawai kami akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.