Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak:

Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Peminjam yang layak adalah seperti berikut:

  1. Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  2. Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  3. Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).

Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.
Contoh pengiraan:

Bil Perkara Jumlah (RM)
1. Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan 15,000
2. Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang (5,000)
3. Baki pinjaman 10,000
4. Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak (3,000)
5. Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam 7,000

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Peminjam hanya layak menerima insentif ini sekali sahaja.