Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan:
Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti di jadual:
SALURAN | AGENSI/ EJEN |
---|---|
Kaunter |
|
Potongan Gaji |
|
Perbankan Internet |
|
Portal Rasmi PTPTN (FPX) |
|
Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran iaitu:
|
Electronic Data Capture (EDC) Terminal | Pembayaran menggunakan kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja), kad debit atau kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS di semua kaunter PTPTN di seluruh negara. |
MyPay PTPTN | Pembayaran secara online melalui Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia (www.mygovmobile.malaysia.gov.my). |
Makluman:
-
Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos:
- Akaun Peminjam : No. MyKad peminjam.
- Nama Peminjam : PTPTN-PINJAMAN (No. akaun PTPTN tidak diperlukan).
- No. Bil/ Kontrak/ Rujukan : No. rujukan surat tawaran/ no. telefon peminjam.
-
Semakan Penyata Pinjaman
- Kata Laluan : No. MyKad peminjam
- No. Pin/ Kata Laluan : Nombor pinjaman peminjam (Sila hubungi PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman)
- Setiap pembayaran yang dilakukan di kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
- Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk rujukan./li>
- Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di kaunter PTPTN.
Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:
- Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
- Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
- Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)
Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.
Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.
Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan beserta dengan caj bank dan tempoh kemas kini maklumat pinjaman pendidikan adalah seperti jadual di bawah:
-
Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan:
Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) 1 Kaunter PTPTN (Tunai) Tiada 1 hari 2 Electronic Data Capture (EDC) Terminal Tiada 3 hari 3 Bank Islam 1.00 3 hari 4 Bank Rakyat 0.50 3 hari 5 Kaunter Pos Malaysia Berhad 2.00 7 hari 6 CIMB Bank 2.00 3 hari 7 Bank Simpanan Nasional (BSN) 0.50 3 hari -
Perbankan Internet:
Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) 1 FPX di Portal Rasmi PTPTN Tiada 1 hari 2 Bank Islam (www.bankislam.biz) 1.00 3 hari 3 Ambank (www.ambankgroup.com.my) 0.50 3 hari 4 Maybank (www.maybank2u.com.my) 1.00 3 hari 5 MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my 0.50 3 hari 6 Bank Rakyat (www.irakyat.com.my) 0.50 3 hari 7 Agrobank (www.agronet.com.my) 0.50 3 hari 8 Public Bank (www.pbebank.com.my) 1.00 3 hari 9 Affin Bank (www.affinonline.com) 1.00 3 hari 10 RHB Bank (www.rhb.com.my) 1.00 3 hari 11 CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my) 0.50 3 hari 12 Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my) 0.50 3 hari
Nota:
-
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.
Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).
Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
-
Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 - Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
-
Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas - Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).